Pengantin hanyut dibawa ombak besar

Pasangan pengantin bergambar di atas batu sebelum dihanyutkan ombak besar. FOTO: ABC
Pasangan pengantin bergambar di atas batu sebelum dihanyutkan ombak besar. FOTO: ABC
A
A
A

CALIFORNIA - Sesi bergambar bertukar tragedi apabila sepasang pengantin dihanyutkan sebaik ombak besar membadai pantai Laguna di California.

Mereka yang lengkap memakai baju pengantin nyaris lemas sebelum berjaya diselamatkan oleh anggota penyelamat yang bertugas di pantai berkenaan, lapor ABC.

Kecekapan anggota penyelamat berjaya menyelamatkan dua nyawa daripada menjadi mangsa korban.

Mangsa berjaya dibawa ke darat dan tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan.

Pasangan pengantin yang selamat selepas nyaris lemas dihanyutkan ombak besar. FOTO: ABC
Pasangan pengantin yang selamat selepas nyaris lemas dihanyutkan ombak besar. FOTO: ABC

Kejadian mendebarkan itu tular di media sosial berikutan momen berkenaan sempat dirakam oleh salah seorang pengunjung yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Menurut ketua bahagian keselamatan pantai, Kapten Kai Bond, pasangan itu berada di atas batu sebaik melihat kawasan tersebut selamat untuk sesi bergambar.

"Walaupun lokasi selamat jangan disangka ia petanda baik, kadang kala kita tidak jangka bila ombak besar membadai pantai.

Artikel Berkaitan:

"Sepatutnya setiap kali berkunjung ke pantai, anda harus maklumkan kepada anggota penyelamat agar keselamatan lebih terjamin terutama di kawasan berisiko," katanya.