Pemandu maut, lori remuk bertembung treler

Bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto JBPM Kedah
Bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto JBPM Kedah
A
A
A

KULIM - Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan melibatkan sebuah treler di Jalan Utama Grik - Kulim - Baling, Kedah kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa iaitu seorang lelaki yang memandu lori seberat 5tan meninggal dunia di di tempat kejadian manakala pembantunya yang juga seorang lelaki cedera parah di kepala.

No Image Caption

"Kami menerima panggilan sekitar jam 12.06 tengah hari dan sampai kira-kira jam 12.26 tengah hari kerana jarak perjalanan sejauh 20 kilometer. Tiba di tempat kejadian, anggota bomba mendapati seorang lelaki meninggal dunia, seorang lelaki cedera parah dan seorang lagi lelaki tidak cedera.

"Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Baling mengeluarkan mangsa (yang meninggal dunia) dengan menggunakan peralatan khas. Mangsa tersepit berjaya dikeluarkan dalam masa lima minit dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mohamadul Ehsan menambah, pemandu treler tidak mengalami kecederaan, namun pembantu pemandu lori yang cedera parah di bahagian kepala dibawa ke Hospital Baling oleh bomba.

Dalam kejadian itu, lori berkenaan remuk akibat bertembung dengan treler tersebut.

Artikel Berkaitan: