KPDNHEP jamin harga ayam kembali stabil

Rosol (kanan) melakukan lawatan ke perusahaan arang tradisional di Kampung Kuala Menjing, di sini.
Rosol (kanan) melakukan lawatan ke perusahaan arang tradisional di Kampung Kuala Menjing, di sini.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan harga ayam di seluruh negara dijangka akan kembali stabil menjelang Ogos depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, masalah kenaikan harga sebelum ini disebabkan pembekal dan penternak ayam kurang memasukkan bekalan anak ayam bagi mengurangkan risiko kerugian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, masalah itu sedang diatasi hasil perbincangan bersama penternak dan pembekal di seluruh negara.

"Kita menerima aduan berkaitan bekalan ayam dan harga ayam yang dilaporkan meningkat dengan mendadak hampir di semua negeri sejak kebelakangan ini.

"Bagaimanapun, pembekal dan penternak memberitahu mereka terpaksa mengurangkan bekalan anak ayam yang menyebabkan berlaku kekurangan hasil ayam," katanya pada sidang akhbar selepas melawat perusahaan arang tradisional di Kampung Kuala Menjing, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, KPDNHEP menjangkakan harga ayam pada musim Hari Raya Aidiladha akan lebih baik berbanding sekarang.

Artikel Berkaitan: