X

Kindly register in order to view this article
!

12 ditahan jalankan aktiviti perjudian haram

Polis memeriksa dan menyoal salah seorang wanita yang ditahan dalam serbuan petang semalam.
A
A

KEPALA BATAS - Polis menyerbu 10 premis dalam Ops Dadu di lokasi berbeza di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) kerana menjalankan judi loteri awam tanpa lesen dan judi online petang semalam.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, polis turut menahan sembilan lelaki dan tiga wanita tempatan berusia di antara 16 tahun hingga 40 tahun dalam operasi jam 3 petang itu.

"Beberapa peralatan dipercayai untuk menjalankan judi dan sejumlah wang tunai serta beberapa telefon bimbit turut dirampas," katanya.

Telefon bimbit dan wang tunai antara barangan yang dirampas semalam.
Telefon bimbit dan wang tunai antara barangan yang dirampas semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4 A(a) dan Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Kita akan sentiasa menjalankan pemantauan bagi membanteras kegiatan judi loteri awam haram dan judi online selain memastikan daerah ini bebas daripada aktiviti tidak sihat," katanya.

Noorzainy turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan haram ini menyalurkannya kepada pihak polis.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!