Terkejut ular sawa dalam pejabat

Kemunculan ular sawa batik sepanjang kira-kira satu meter mengejutkan lebih 10 kakitangan JKM Melaka Tengah di sini, hari ini.
Kemunculan ular sawa batik sepanjang kira-kira satu meter mengejutkan lebih 10 kakitangan JKM Melaka Tengah di sini, hari ini.
A
A
A

MELAKA - Lebih 10 kakitangan yang berada di dalam pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah di Bangunan Kota Cemerlang, Ayer Keroh di sini terkejut apabila ular sawa batik berukuran kira-kira satu meter panjang muncul secara tiba-tiba pada bahagian siling lampu, pejabat itu.

Difahamkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi tadi itu, mengakibatkan beberapa kakitangan wanita bertempiaran lari ekoran kemunculan reptilia berkenaan.

Anggota Bomba dan Penyelamat sedang menangkap ular yang berada pada bahagian siling lampu pejabat JKM Daerah Melaka Tengah, hari ini.
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang menangkap ular yang berada pada bahagian siling lampu pejabat JKM Daerah Melaka Tengah, hari ini.

Menurut sumber, besar kemungkinan ular berkenaan telah masuk menerusi saluran alat pendingin udara ruang pejabat berkenaan sebelum muncul pada siling lampu.

"Tidak dapat dipastikan bagaimana ular itu oleh berada di situ, tetapi kakitangan mendakwa ia mungkin masuk mengikut saluran alat pendingin udara.

"Keadaan itu telah menyebabkan beberapa kakitangan wanita yang berada di situ menjerit ketakutan dan berlari keluar," kata sumber itu.

Pengarah JKM negeri, Burhanuddin Bachik ketika dihubungi memaklumkan kedudukan bangunan pejabat berkenaan yang hampir dengan kawasan hutan menjadi faktor kemunculan reptilia berkenaan.

"Ular berkenaan berjaya dialihkan oleh anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat setelah dihubungi salah seorang kakitangan JKM.

Artikel Berkaitan:

"Sebelum ini beberapa kali pejabat berkenaan didatangi haiwan berkenaan sehinggakan kami terpaksa mendapatkan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM) atau Bomba," katanya.