X

Kindly register in order to view this article
!

SAR tumpu perairan Perhentian, sempadan Malaysia-Thailand

A
A

BACHOK - Operasi hari ketujuh misi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa bot karam di perairan Kuala Kemasin diteruskan dengan memberi tumpuan ke arah perairan Perhentian dan sempadan Malaysia-Thailand.

Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Kepten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, pihaknya masih belum menemui sebarang petunjuk positif melibatkan pencarian Arman Ismail, 43, dan Wadi Bakar, 44, yang masih hilang.

Bagaimanapun menurutnya, pihaknya masih optimis misi SAR tersebut akan terus dilaksanakan walaupun hari ini sudah masuk hari ketujuh operasi dijalankan di lautan.

"Kita akan jadikan maklumat yang diperoleh petang semalam sebagai panduan untuk misi hari ini.

"Kita tidak akan berputus asa dengan usaha yang dilakukan dan berharap mangsa dapat ditemui dengan segera," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jeti Pemasaran Ikan Kemasin di sini hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Kepten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob
Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Kepten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob

Mengulas lanjut ketika ditanya mengenai emosi anggota yang mungkin sudah keletihan beliau berkata, beliau sendiri turun padang untuk memberi semangat supaya mereka meneruskan lagi misi pencarian termasuklah anggota di darat.

Malah katanya, peranan ketua setiap agensi amat penting untuk memastikan anggota-anggota mereka terus bersemangat, kuat dan profesional dalam melakukan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin.

"Ketua bot juga memainkan peranan memotivasikan anak-anak buah mereka. Insya-ALLAH kita akan pastikan agar emosi mereka stabil supaya keputusan dan juga kaedah mencari diteruskan dengan baik.

"Kadangkala bila emosi kita stabil, kita akan lakukan kerja sambil lewa saja, itu yang kita tidak mahu. Saya sendiri turun padang untuk bersama-sama mereka untuk merasai apa yang mereka rasai. Jadi bila mereka tengok saya turun, semangat mereka lain, sama-sama buat kerja," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bot karam: Thailand bantu Malaysia cari dua lagi mangsa

Bot karam: APMM selam kali ketiga geledah bot

Tragedi bot terbalik: Kawasan pencarian mangsa hilang dipeluas

'Pengalaman paling menakutkan 30 tahun jadi tekong

'Umpama menunggu malaikat maut cabut nyawa'


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus