Menang di Chini bukti Muafakat Nasional sedia hadapi PRU15

Calon Barisan Nasional, Mohd Sharim Md Zain meraikan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Chini bersama kepimpinan Barisan Nasional di pusat penjumlahan rasmi undi pilihan raya Chini, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan malam tadi.
 - Foto bernama
Calon Barisan Nasional, Mohd Sharim Md Zain meraikan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Chini bersama kepimpinan Barisan Nasional di pusat penjumlahan rasmi undi pilihan raya Chini, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan malam tadi.
 - Foto bernama
A
A
A

PEKAN - Kemenangan majoriti besar calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Mohd Zain pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini membuktikan Muafakat Nasional bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan Pas Pahang, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, kemenangan itu juga hasil kerjasama kuat antara pemimpin BN dan Pas yang berjaya mengetepikan perbezaan dengan memberi sokongan penuh kepada Mohd Sharim.

Bagaimanapun menurutnya, kejayaan Mohd Sharim sudah dijangka berdasarkan sokongan padu daripada rakyat.

"Kemenangan ini juga adalah kejayaan Muafakat Nasional apabila majoriti bertambah yang mana penyokong dan ahli-ahli Pas sanggup memberi undi kepada calon BN," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: DUN Chini kekal milik BN

Mohd Tarmizi berkata, kemenangan ini menunjukkan rakyat menerima kejayaan pemimpin sedia ada.

Malah katanya, pengundi muda mula menunjukkan kematangan dalam politik dengan memberi undi kepada calon BN.

Artikel Berkaitan:

Mohd Tarmizi
Mohd Tarmizi

"Pas Pahang mengucapkan tahniah kepada BN di atas kejayaan ini.

"Semoga amanah yang dimenangi Mohd Sharim menjadikan beliau berjiwa rakyat dalam membantu dan bela nasib masyarakat," katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Pekan, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim turut menyuarakan rasa bersyukur di atas kemenangan Mohd Sharim.

Menurutnya, pihaknya turut membantu Mohd Sharim berkempen dan memastikan penyokong Pas memberikan undi kepada calon BN.

"Alhamdulillah kita telah lakukan yang terbaik dalam membantu calon BN.

"Kita taat dan patuh kepada kepimpinan Pas untuk bantu calon menerusi Muafakat Nasional," katanya yang menjadi pencadang kepada Mohd Sharim.