Maahad tahfiz diminta segera kenal pasti pelajar belum disaring

Semua maahad tahfiz di Perak disaran buat pemeriksaan rapi bagi mengenal pasti pelajar yang elum menjalani saringan susulan pembukaan semula sesi persekolahan, 15 Julai ini. Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Azlan Suhaimi
Semua maahad tahfiz di Perak disaran buat pemeriksaan rapi bagi mengenal pasti pelajar yang elum menjalani saringan susulan pembukaan semula sesi persekolahan, 15 Julai ini. Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Azlan Suhaimi
A
A
A

IPOH - Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (Pematap) meminta semua maahad tahfiz di negeri ini membuat pemeriksaan rapi bagi mengenal pasti pelajar yang belum menjalani saringan susulan pembukaan semula sesi persekolahan, 15 Julai ini.

Pengerusi Pematap, Mohd Azlan Suhaimi berkata, dikhuatiri masih terdapat pelajar terutama yang berada di luar Perak yang tercicir daripada menjalani ujian koronavirus (Covid-19).

"Tidak dinafikan, hampir keseluruhan maahad tahfiz yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sudah melalui sekurang-kurangnya dua kali saringan selain proses sanitasi di premis masing-masing.

"Bagaimanapun dalam pengamatan kita, pelajar yang tinggal di luar negeri Perak kebanyakannya tidak disaring seperti pelajar yang tinggal di sini," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pembukaan sesi persekolahan akan melibatkan hampir 4,300 pelajar tingkatan 1 hingga 4 di 82 maahad tahfiz yang berdaftar.

Dalam pada itu, Mohd Azlan menyarankan satu jawatankuasa khas ditubuhkan di peringkat maahad masing-masing untuk mengawal selia dan melaksanakan segala garis panduan norma baharu persekolahan seperti dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM).

"Walaupun ia bukan arahan tetap daripada KPM, namun laporan sebegini penting supaya pihak berkuasa dapat melakukan pemantauan lebih efektif ke institusi tahfiz.

"Ini termasuklah melaporkan kemasukan pelajar secara rasmi dan menyenaraikan bilangan pelajar yang belum disaring kepada Pejabat Kesihatan Daerah," katanya.

Artikel Berkaitan: