Lelaki mati diserang jerung di Australia

Mangsa sempat dibantu seorang jururawat dan doktor tetapi disahkan meninggal dunia sebelum pasukan paramedik tiba.
Mangsa sempat dibantu seorang jururawat dan doktor tetapi disahkan meninggal dunia sebelum pasukan paramedik tiba.
A
A
A

CANBERRA - Seorang lelaki maut selepas diserang oleh seekor jerung semasa memancing di Pulau Fraser, Brisbane, Australia hari ini.

Dilaporkan kejadian berlaku ketika lelaki berusia 36 tahun itu menyelam untuk memancing menggunakan lembing sebelum kakinya digigit oleh seekor jerung.

Mangsa sempat dibantu oleh seorang jururawat dan doktor tetapi disahkan meninggal dunia sebelum pasukan paramedik tiba.

Difahamkan, polis masih belum dapat mengenal pasti spesies jerung yang menyerang lelaki itu.

Polis turut memaklumkan, kejadian itu merupakan serangan jerung yang keempat berlaku di negara itu pada tahun ini.

Sementara itu, pakar jerung, Daryl McPhee berkata, Pulau Fraser merupakan lokasi utama migrasi ikan yang menarik perhatian ikan jerung.

"Tidak hairan sekiranya berlaku serangan jerung di sana, yang lebih mengejutkan ialah ada orang yang berani menyelam di pulau itu," katanya.

Australia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai rekod serangan jerung yang tertinggi di dunia, tetapi kematian akibat diserang haiwan itu jarang berlaku. - AFP

Artikel Berkaitan: