Mayat wanita ditemukan dalam rumah

No Image Caption
A
A
A

AMPANG - Mayat seorang wanita warga emas ditemukan di dalam sebuah rumah di Taman Muda di sini hari ini.

Warga emas berusia lingkungan 70-an itu dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu di rumah miliknya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, polis menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki kira-kira jam 9.30 pagi yang memaklumkan terdapat bau busuk dari dalam rumah berkenaan.

"Sepasukan polis tiba dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat masuk ke dalam rumah itu dan menemui seorang wanita terbaring di bawah kerusi di ruang tamu.

"Pegawai perubatan daripada Hospital Ampang di sini datang mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh empat atau lima hari lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Azmi berkata, pemeriksaan dilakukan mendapati tiada kesan yang berkaitan unsur jenayah pada tubuh badan mangsa.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa tinggal sendirian di rumah berkenaan dan disahkan oleh anak perempuan mangsa berumur 35 tahun.

"Mayat wanita berkenaan dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini untuk bedah siasat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.