X

Kindly register in order to view this article
!

5,000 keluarga terima manfaat TS Cares

Amirudin (tiga dari kanan) merasmikan Program TS Cares di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Seramai 5,000 keluarga menerima manfaat daripada agihan makanan dan keperluan harian di bawah program Team Selangor (TS) Cares sejak penularan koronavirus (Covid-19).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, TS adalah program pemerkasaan komuniti melibatkan sukarelawan yang digerakkan bagi membantu masyarakat melalui agihan barang keperluan yang turut disumbangkan oleh pihak luar.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak termasuk penyumbang antaranya Jasmine Food Corporation Sdn Bhd, Nestle, Adabi dan Cocoaland yang membantu rakyat terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

"Pelbagai inisiatif lain akan digerakkan kerajaan negeri bagi membantu rakyat Selangor di pasca pandemik ini antaranya Selangor Advanced dan pengkalan data SELangkah bagi pengesanan kontak rapat Covid-19, " katanya selepas merasmikan Program TS Cares di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini.

TS Cares adalah program pemerkasaan komuniti melibatkan sukarelawan yang digerakkan bagi membantu masyarakat melalui agihan barang keperluan.
TS Cares adalah program pemerkasaan komuniti melibatkan sukarelawan yang digerakkan bagi membantu masyarakat melalui agihan barang keperluan.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansor dan Pegawai Penyelaras TS, Ahmad Bakrin Sofawi Abu Bakar.

Amirudin yang juga ADUN Sungai Tua berkata, kerajaan negeri komited membantu rakyat terjejas Covid-19 dan menyambut baik sumbangan pihak luar bagi meringankan beban mereka yang terkesan.

"Nantikan pengumuman terbaharu pacsa Covid-19 melalui Pakej Rangsangan Pemulihan Ekonomi Selangor 13 Julai nanti," katanya.

Setakat semalam, Selangor mencatatkan 1,906 kes Covid-19 dengan 24 kematian berada di tangga kedua selepas Kuala Lumpur dengan 2, 283 kes dan 18 kematian.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!