X

Kindly register in order to view this article
!

Terowong dasar laut: Kon Yeow beri keterangan Selasa ini

SPRM akan mengambil keterangan Kon Yeow berhubung projek terowong dasar laut pada Selasa depan.
A
A

GEORGETOWN- Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow merupakan individu seterusnya yang akan diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek terowong dasar laut.

Kon Yeow yang ditemui di hadapan Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah berkata, beliau akan memberi keterangan pada Selasa depan.

Menurutnya, SPRM telah mengatur pertemuan tersebut bagi mengambil keterangan berhubung projek mega bernilai RM6.3 bilion itu.

Sementara itu, pagi tadi, SPRM telah mengambil keterangan bekas Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri, Datuk Lim Hock Seng.

Kedua-duanya tiba di Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang kira-kira jam 10.30 pagi diiringi beberapa pemimpin negeri.

ARTIKEL BERKAITAN - Jeffrey Chew direman kes terowong dasar laut

Dalam perkembangan sama, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Jeffrey Chew Gim Eam yang direman empat hari lalu dibebaskan tanpa syarat.

Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow

Sebelum ini, Jeffrey Chew yang juga bekas Timbalan Bendahari DAP Pulau Pinang dibawa ke Lokap Berpusat Bayan Baru dan ditahan selepas memberi keterangan kira-kira jam 2 petang pada 1 Julai lalu di Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang.

ARTIKEL BERKAITAN - SPRM serbu pejabat Exco Pulau Pinang

Dalam pada itu, semalam, dua pasukan terdiri daripada tujuh pegawai SPRM hadir ke pejabat beberapa ahli Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini untuk mendapatkan maklumat mengenai dokumen berhubung projek tersebut.

Kumpulan pertama yang tiba di tingkat 52 bangunan berkenaan pada jam 9.40 pagi dipercayai menuju ke pejabat Exco Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir, Zairil Khir Johari.

Selang 20 minit kemudian, sepasukan lagi pegawai SPRM tiba dan masuk ke pejabat Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy.

Selain pejabat Zairil dan Ramasamy, tingkat 52 juga menempatkan pejabat Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Exco Pelancongan, Yeoh Soon Hin.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus