X

Kindly register in order to view this article
!

Hina Jata Negara: Pereka, penerbit buku beri keterangan

Laporan Sinar Harian Khamis lalu.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sudah mengambil keterangan pereka gambar dan penerbit buku yang dikaitkan dengan dakwaan penghinaan terhadap Jata Negara bagi membantu siasatan.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pereka gambar itu hadir ke Bukit Aman pada Khamis dan rakaman percakapannya diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman.

“Penerbit buku itu pula disiasat polis Petaling Jaya. Saya diberitahu dia sudah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 30 Jun,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, polis mungkin memanggil saksi lain bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Pada 30 Jun lepas, polis menyerbu sebuah syarikat percetakan di Petaling Jaya dan merampas sejumlah 313 naskhah buku didakwa menghina Jata Negara.

Setakat ini, polis sudah menerima 32 laporan berhubung isu berkenaan dan empat kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 8(1) Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus