X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga sekeluarga maut terlibat nahas di Sungai Tong

Keadaan kereta yang remuk teruk (Gambar: Ihsan polis) Gambar kecil: Mohamad Amirul Akimi Mohamad, 16, antara tiga yang maut.
A
A

SETIU - Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi berusia lima bulan maut setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong di Kilometer 42 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Mohd Amirul Affis Mohamad, 23, dan anaknya, Nur Raisha Delisha Mohamad Amirul Affis, lima bulan serta Mohamad Amirul Akimi Mohamad, 16, maut.

Ketika kejadian, mereka dikatakan dari arah Kota Bharu, Kelantan menghala ke Ajil, Hulu Terengganu sebelum kereta Honda Jazz yang dinaiki mereka terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

Difahamkan, dua lagi mangsa termasuk pemandu, Hanisyafiqah Syazwany Yaakub, 27, cedera ringan manakala dua penumpang berusia tiga dan lapan tahun cedera parah.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Semua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Setiu dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu manakala tiga mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus