'Tak salah Muzammil mohon jawatan agensi kerajaan, GLC'

Syaiful Irfan
Syaiful Irfan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Tidak salah untuk seseorang yang mempunyai kelayakan tinggi cuba memohon mana-mana kedudukan sama ada dalam kerajaan ataupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tegas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Syaiful Irfan Anang.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penularan surat melibatkan Exco Armada Bersatu, Muzzammil Ismail kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang meminta dirinya dipertimbangkan jawatan ahli lembaga pengarah agensi kerajaan negeri atau GLC.

Syairul Irfan berkata, sudah sampai masanya peluang diberikan kepada anak muda untuk berkhidmat dalam agensi kerajaan dan membantu memerah keringat serta idea dalam proses pemulihan ekonomi negara.

"Bakat profesionalisme muda yang ada pada beliau sepatutnya dimanfaatkan sebaiknya untuk membantu negara melalui proses pemulihan ekonomi pasca pandemik koronavirus (Covid-19).

ARTIKEL BERKAITAN: Pihak tular surat berniat jahat: Muzzammil

"Muzzammil juga dikenali sebagai pemimpin masyarakat yang selalu turun membantu dan berbakti kepada ramai pihak yang memerlukan bantuan.

"Apatah lagi sudah terbukti komitmennya dalam menguruskan bantuan berdepan bencana, selaras dengan kepakaran dan bidang yang beliau ceburi dalam pengajian PHD di Durham University, United Kingdom," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Dalam laporan media sebelum ini, Muzzammil menyifatkan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan mahupun menyalahi undang-undang apabila menulis surat berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Malah beliau sebaliknya menganggap ada pihak tertentu yang bertindak 'nakal' untuk memburukkan imejnya memandangkan Bersatu akan menghadapi pemilihan parti tidak lama lagi.