X

Kindly register in order to view this article
!

'Mustahil MU juara EPL musim depan'

Kehadiran Fernandes tidak mampu menjadikan United sebagai pencabar EPL musim depan.
A
A

MANCHESTER United masih belum mampu menjadi pasukan pencabar dan memenangi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Legenda Liverpool, John Barnes berkata, United ketika ini tidak mempunyai kualiti yang cukup untuk menyaingi kehebatan Manchester City ataupun Liverpool.

"Manchester United semestinya mempunyai aspirasi besar, kerana mereka adalah Manchester United - tetapi mereka berada di tangga kelima liga, itu adalah kenyataan.

"Saat ini, mereka tidak berada pada tahap Liverpool atau City. Mereka berpotensi untuk bersaing, tetapi fakta bahawa Bruno Fernandes telah masuk dan mampu mengubah keadaan adalah tidak masuk akal.

"Adalah tidak cerdik untuk mengatakan bahawa mereka akan menjadi pencabar tahun depan, mereka mempunyai potensi besar tetapi banyak lagi yang perlu dilakukan sebelum menjadi pencabar dalam saingan EPL ini.

"Mereka telah membeli pemain yang bagus, mereka mempunyai pasukan yang bagus. Jika mereka fokus dan melakukannya dengan betul, maka mereka dapat bersaing, tetapi mereka masih jauh di belakang Liverpool," katanya.

The Red Devils menunjukkan persembahan positif dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini dan memberikan harapan kepada peminat mereka bahawa kelab tersebut akan menjadi pencabar utama musim depan.

Barnes percaya, persembahan positif yang dipamerkan United itu bukan gambaran sebenar perjalanan musim hadapan dengan United perlu mencari beberapa lagi pemain bintang untuk memperkuatkan pasukan.

"Bukan niat saya untuk berfikir negatif. Mereka telah bermain baik dalam beberapa perlawanan terakhir dan kita akan tengok apa yang bakal berlaku nanti," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf