Tanjak laris sepanjang PRK DUN Chini

Suhada menunjukan tanjak yang paling laris dijual sepanjang 15 hari berniaga di Bandar Dara hari ini.
Suhada menunjukan tanjak yang paling laris dijual sepanjang 15 hari berniaga di Bandar Dara hari ini.
A
A
A

PEKAN - Seorang peniaga tanjak berjaya menjual sekurang-kurangnya 100 tanjak dalam sehari sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Suhada Sulaiman, 38, berkata, dia tidak menyangka tanjak yang dijualnya mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat dan luar Chini sempena PRK tersebut.

"Tak sangka tanjak yang saya jual dapat sambutan luar biasa daripada orang ramai. Setiap hari tanjak saya terjual antara 80 hingga 100.

"Permintaan luar biasa itu mungkin sebab harga yang saya tawarkan murah iaitu RM20 sahaja. Jadi, semua masyarakat boleh memiliki tanjak yang saya hasilkan ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Bandar Dara, sempena PRK Chini, hari ini.

Suhada yang datang dari Kuala Lumpur berkata, tanjak yang dijualnya mengikut trend terkini dan pada musim pilihan raya ini tanjak jualannya disertakan dengan logo parti.

"Pakaian tradisional lelaki Melayu ini kita lihat hanya diperagakan ketika majlis perkahwinan tetapi saya mengambil kesempatan di atas kempen PRK Chini untuk menjual tanjak.

"Tak sangka ia mendapat sambutan. Saya turut terima tempahan dari luar kawasan Chini. Tanjak saya jual ini bergantung kepada jenis kain, corak, warna, bentuk bagi memenuhi permintaan pelanggan," katanya.

Artikel Berkaitan: