Tunai solat Zohor 30 minit selepas solat Jumaat

Kenyataan media berhubung solat Zohor berjemaah 30 minit selepas solat Jumaat.
Kenyataan media berhubung solat Zohor berjemaah 30 minit selepas solat Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Jemaah yang tidak mendapat jemputan solat Jumaat di masjid dan surau perlu mendirikan solat Zohor secara berjemaah di surau.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, solat Zohor itu perlu dilakukan 30 minit selepas masuk waktu.

"Ia bagi mengelak jemaah tersebut mendahului solat Jumaat yang dilaksanakan di masjid dan surau berhampiran.

"Dalam tempoh sebelum menunaikan solat itu bolehlah diisi dengan bacaan al-Quran atau zikir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan semua masjid dan surau dibuka untuk solat Jumaat bermula semalam.

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, Sultan Selangor turut berkenan membuka masjid dan surau untuk solat fardu secara berjemaah dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Bagaimanapun bilangan jemaah dihadkan dengan hanya 500 orang di masjid dan 40 orang di surau tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid bergantung kapasiti rumah ibadah berkenaan.

Artikel Berkaitan: