X

Kindly register in order to view this article
!

Terap inovasi dalam pengeluaran produk

Ronald (tengah) melihat proses buah yang dijadikan produk buah kering di Syarikat Kia Shing Importers & Exporters, Parit Sulong semalam.
A
A

BATU PAHAT - Inovasi teknologi dalam pemprosesan makanan sewajarnya digunakan usahawan dalam meningkatkan pengeluaran produk bagi memenuhi permintaan pasaran.

Menerusi lawatan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ke Parit Sulong semalam, penggunaan teknologi Low Temperature Vacuum Drying yang pertama di Malaysia dapat dilihat digunakan Syarikat Kia Shing Importers & Exporters.

Pengarah Syarikat Kia Shing Importers & Exporters, Alvin Lo berkata, penggunaan teknologi tersebut menghasilkan buah kering yang dapat mengekalkan khasiat buah dan mengelak buah menjadi busuk.

“Antara produk yang dihasilkan di sini ialah durian kering, kelapa kering, betik kering, pisang kering, nanas kering dan tembikai kering,” katanya.

Sebelum itu Ronald menghabiskan masa kira-kira satu jam untuk melihat operasi syarikat terbabit.

Alvin berkata, buah-buahan kering mendapat permintaan tinggi daripada negara jiran Singapura.

“Syarikat kami sedang bekerjasama dengan kementerian bagi membolehkan produk kami dieksport ke Jepun, China, negara Timur Tengah dan Eropah,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus