Calon BN selesai buang undi, puas hati SOP PRK

Mohd Sharim dan isteri tiba di pusat pengundian di Sekolah Agama Rakyat, Kelas Fardu Ain Felda Chini 3 di sini pagi tadi.
Mohd Sharim dan isteri tiba di pusat pengundian di Sekolah Agama Rakyat, Kelas Fardu Ain Felda Chini 3 di sini pagi tadi.
A
A
A

PEKAN - Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain, 41, dan isteri, Norhiliyana Abdul Hamid, 27, selesai mengundi di pusat mengundi di Sekolah Agama Rakyat, Kelas Fardu Ain Felda Chini 3 di sini kira-kira jam 9.15 pagi tadi.

Beliau yang berbaju Melayu berwarna hijau tiba kira-kira jam 9 dengan diiringi Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum membuang undi di saluran empat pusat mengundi berkenaan.

Mohd Sharim menjalani saringan suhu badan sebelum masuk ke pusat mengundi di Sekolah Agama Rakyat, Kelas Fardu Ain Felda Chini 3 di sini pagi tadi.
Mohd Sharim menjalani saringan suhu badan sebelum masuk ke pusat mengundi di Sekolah Agama Rakyat, Kelas Fardu Ain Felda Chini 3 di sini pagi tadi.

Mohd Sharim berkata, beliau bersyukur kerana dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRK DUN Chini kali ini.

Menurutnya, beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian yang berjalan lancar pagi ini biarpun pengundi terpaksa mematuhi standard prosedur operasi (SOP) yang ditetapkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kita doakan agar semuanya baik-baik saja dan keputusannya akan memihak kepada BN.

"Selepas tempoh berkempen selama 14 hari yang berakhir tengah malam tadi, Insya-ALLAH segala keputusannya kita serah kepada ALLAH SWT," katanya.

Mohd Sharim bersalaman dengan Najib ketika tiba di pusat pengundian di Sekolah Agama Rakyat, Kelas Fardu Ain Felda Chini 3 di sini pagi tadi.
Mohd Sharim bersalaman dengan Najib ketika tiba di pusat pengundian di Sekolah Agama Rakyat, Kelas Fardu Ain Felda Chini 3 di sini pagi tadi.

Artikel Berkaitan:

PRK DUN Chini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Sharim yang ditentang dua calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli.

PRK DUN Chini diadakan ekoran penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun (BN) yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 7 Mei lalu akibat serangan jantung.