Bayang hitam muncul dalam video wanita hamil

Satu bayang kecil tiba-tiba muncul dalam satu rakaman video ini. - Foto Reddit
Satu bayang kecil tiba-tiba muncul dalam satu rakaman video ini. - Foto Reddit
A
A
A

LONDON - Seorang ibu yang menunggu kelahiran bayinya berasa terkejut apabila mengesan satu bayang hitam ganjil dalam satu rakaman video dibuat adiknya, lapor portal berita The Sun pada 29 Jun lalu.

Ketika bercakap dengan laman perkongsian video, Reddit, wanita hamil itu berkata, ketika kejadian, adik perempuannya melakukan rakaman tentang pergerakan bayi dalam kandungan perutnya, baru-baru ini.

Bagaimanapun, wanita hamil tersebut terkejut apabila menyaksikan semula video itu.

Suara seekor anak kucing juga boleh didengari di luar pintu rumah tersebut yang lengang tetapi tidak ada sesuatu yang luar biasa berlaku.

Ramai pengguna bersetuju bahawa bayang kecil yang terdapat dalam rakaman video itu mirip bentuk seorang kanak-kanak.

Seorang pengguna membuat kenyataan dengan berkata: "Hmm saya tidak perasan pada mulanya. Tetapi, kini saya baru sedar. Saya berharap ia tidak berlaku. Ia menyeramkan."

Terdapat seorang lagi pengguna laman itu yang memberikan komen dengan berkata: "Saya hamil dan baring di atas katil pada waktu malam. Ini memberikan (perasaan) takut yang keterlaluan."

Wanita itu berkata, ketika adiknya tidak mengalami sebarang pengalaman paranormal di dalam rumah, dia berkata: 'Rumah itu terasa 'keras' seperti ada seseorang yang sedang memerhatikannya.'

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, portal itu tidak memberitahu lokasi kejadian itu dan bila ia berlaku. - Agensi