Wanita terkejut kentang tumbuh dalam rumah

Porée mengambil masa berjam-jam untuk membersihkan tunas kentang yang tumbuh meliar sehingga menembusi jubin kabinet dapurnya.
Porée mengambil masa berjam-jam untuk membersihkan tunas kentang yang tumbuh meliar sehingga menembusi jubin kabinet dapurnya.
A
A
A

PARIS - Seorang wanita terkejut selepas mendapati sebuah bungkusan berisi ubi kentang di dapur kediamannya tumbuh meliar selepas tiga bulan dia meninggalkan rumah itu berikutan krisis koronavirus (Covid-19).

Donna Porée, berusia dalam lingkungan 20-an berkata, dia menghabiskan masa selama tiga bulan di rumah teman lelakinya di luar bandar dan hanya pulang baru-baru ini.

"Sebaik sahaja tiba di rumah, saya terkejut apabila melihat sesuatu benda aneh di kabinet dapur sebelum saya sedar ia adalah tunas ubi kentang yang telah tumbuh meliar," katanya.

Porée berkata, dia terpaksa mengambil masa berjam-jam untuk menghapuskan tunas kentang tersebut.

Dia turut berkongsi gambar keadaan tunas kentang tersebut dan menjadi tular di laman Twitter. - Agensi

Artikel Berkaitan: