Jutaan penduduk Hong Kong ditawar berhijrah

Kebanyakan penunjuk perasaan di Hong Kong terdiri daripada orang muda yang membantah campur tangan China. - Foto AFP
Kebanyakan penunjuk perasaan di Hong Kong terdiri daripada orang muda yang membantah campur tangan China. - Foto AFP
A
A
A

NEGARA-negara Barat kini memulakan tawaran kepada berjuta-juta pelarian Hong Kong selepas Beijing meluluskan undang-undang keselamatan dianggap drakonian yang dibentuk untuk mengekang pergerakan demokrasi di pulau tersebut.

United Kingdom (UK) merupakan sekutu pulau itu yang menawarkan hampir separuh kepada penduduk Hong Kong yang berjumlah 7.5 juta peluang bagi mendapatkan kewarganegaraan British dengan petunjuk kuat juga datang dari Australia, Kanada, New Zealand serta Amerika Syarikat (AS).

Negara-negara itu menawarkan satu bentuk mirip suaka pelarian kepada penduduk.

Dalam satu cabaran kepada China, anggota-anggota kumpulan yang dikenali sebagai perikatan FiveEyes telah membentuk pendapat bahawa langkah tersebut sebagai satu tindakan moral yang penting.

Ia dianggap sebagai membantu penduduk untuk melarikan diri daripada tekanan sebuah negara polis.

Bercakap di Parlimen, Menteri Luar, Dominic Raab berkata, Britain mempunyai tugas kepada penduduk bekas koloni Britain itu yang diserahkan kembali kepada China pada tahun 1987.

Beliau berkata, negaranya membenarkan sesiapa yang mempunyai status British National (Luar Negara) atau lebih terkenal dengan panggilan BNO dan mempunyai ahli tanggungan untuk datang ke UK seterusnya menerima kewarganegaraan.

Jumlah BNO itu adalah dianggarkan lebih tiga juta penduduk Hong Kong.

Artikel Berkaitan:

Sejumlah penunjuk perasaan yang membantah undang-undang keselamatan baru di Hong Kong pada 1 Julai lalu. - Foto AFP
Sejumlah penunjuk perasaan yang membantah undang-undang keselamatan baru di Hong Kong pada 1 Julai lalu. - Foto AFP

Di AS, sekumpulan senator ternama daripada parti berlainan telah mencadangkan supaya satu perundangan untuk memberikan sejumlah penduduk Hong Kong yang bilangannya tanpa had bagi mendapatkan status pelarian dengan segera.

Australia memberi petunjuk kuat terhadap satu tawaran umpama 'syurga selamat' yang boleh dibuat dalam tempoh beberapa hari.

Kanada pula telah muncul dengan diam-diam sebagai tempat tinggal berpotensi dengan sekurang-kurangnya 50 penduduk Hong Kong dengan mengemukakan permohonan suaka politik, menurut beberapa aktivis tempatan.

Ketika penyerahan pulau itu kepada China pada tahun 1987, ratusan penduduk meninggalkan Hong Kong dengan kebanyakannya menyertai komuniti Kantonis di Australia, Kanada dan AS.

Namun, ramai juga yang kembali semula.

Tetapi, kali ini, tawaran Britian lebih komprehensif.

Status BNO adalah terbuka kepada sesiapa yang dilahirkan di Hong Kong sebelum penyerahannya kepada China pada tahun 1987.

Ketika ini terdapat kira-kira 300,000 pemegang pasport BNO tetapi kira-kira 2.7 juta penduduk Hong Kong layak untuk memohon dan terdapat permohonan baharu.

"Saya akan pergi secepat mungkin untuk memulakan hidup baharu di UK dengan menggunakan skim itu," kata seorang graduan lulusan universiti, Asuka Law.

Dia berasa berterima kasih kepada Britain dan dijangka meninggalkan pulau tersebut pada musim luruh.

Seorang akauntan yang hanya memberikan namanya sebagai Sam juga berkata, dia terasa sedih.

"Saya masih menyayangi Hong Kong sepenuhnya.

"Tetapi, saya membuat permohonan untuk mendapatkan pasport BNO dahulu sebelum membuat keputusan setelah semua maklumat disahkan, Ia memberikan satu lagi cara jalan keluar," katanya.

Pada Khamis lalu, aktivis prodemokrasi, Nathan Law mengesahkan dia berlepas dari Hong Kong dengan menaiki penerbangan ke sebuah lokasi yang tidak didedahkan di luar negara.

Seorang pakar politik di Universiti Griffith Australia, Hui Feng berkata, perpindahan penduduk Hong Kong ke Britain mencetuskan kebimbangan berlakunya peningkatan bekalan buruh di pasaran pekerjaan negara tersebut.

Daam pada itu, China juga mengancam untuk melakukan ancaman balas terhadap Britain jika negara itu meluaskan lagi hak-hak imigrasi.

Dalam satu temu ramah pada awal minggu ini, Raab mengakui, terdapat tindakan kecil yang boleh dilakukan oleh London jika China menghalang penduduk Hong Kong meninggalkan pulau itu.

Sementara sekatan merupakan satu pilihan, terdapat peluang tinggi Beijing akan mengganggu perniagaan Barat beroperasi di Hong Kong seperti yang dimahukan China.

Sementara itu, penduduk Hong Kong kini memadamkan perbualan lama mereka yang masih tersimpan di akaun sosial media mereka ketika undang-undang keselamatan terbaru China dilaksanakan di bandar raya itu.

Para pemimpin autorirarian China melaksanakan kuasa baharu mereka pada Rabu lalu.

Penganalisis undang-undang dan hak asasi manusia juga memberi amaran bahawa larangan melakukan subversi, pemisahan, keganasan dan berpakat dengan angkatan asing akan menjejaskan hak asasi awam dan kebebasan bersuara di Hong Kong.

Selepas undang-undang baru itu dilaksanakan, ramai penduduk Hong Kong yang menggunakan Twitter dan platform media sosial yang lain seperti Telegram untuk memberi petunjuk bahawa mereka meninggalkan laman-laman tersebut demi keselamatan diri. - AFP