Anjing pun 'letih' lihat aksi TikTok

Seorang wanita menjadi tular di India selepas aksinya digigit anjing ketika leka menari sempat dirakam dan dikongsi di laman TikTok baru-baru ini.
Seorang wanita menjadi tular di India selepas aksinya digigit anjing ketika leka menari sempat dirakam dan dikongsi di laman TikTok baru-baru ini.
A
A
A

NEW DELHI - Video seorang wanita menjadi tular di India selepas aksinya digigit anjing ketika leka menari sempat dirakam dan dikongsi di laman TikTok baru-baru ini.

Priya Golani, berumur lingkungan 20-an, dirakam sedang menari di hadapan sebuah bangunan sebelum tiba-tiba dihampiri seekor anjing liar yang kemudian bertindak menggigit paha gadis itu.

Bagaimanapun, Golani sempat menepis dan melepaskan gigitan anjing tersebut.

Di dalam sebuah video berasingan, Golani dilihat sedang mencuci luka daripada kesan gigitan anjing itu.

Video yang dikongsi itu turut menjadi tular di beberapa laman sosial dan menerima beribu komen dan tanda suka.

Seorang pengguna laman Facebook, Sabira Razilbekova berkata, dia berharap Golani segera berjumpa doktor kerana gigitan anjing liar boleh mendatangkan risiko dijangkiti penyakit berbahaya.

"Saya harap dia segera mendapatkan suntikan vaksin anti-rabies kerana dia berisiko dijangkiti penyakit itu," katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, SreeNivass Saaho pula berkata, pengguna laman TikTok itu sepatutnya lebih berhati-hati dengan persekitaran semasa merakam sebarang video.

Artikel Berkaitan:

"Haiwan juga tidak berminat dengan tarian gadis TikTok. Sepatutnya kamu peka dengan keadaan sekeliling dan anjing itu tidak boleh dipersalahkan," ujarnya. - Agensi