X

Kindly register in order to view this article
!

Bapa Khabib meninggal dunia

Khabib (kanan) bersama bapanya, Abdulmanap.
A
A

Bapa yang juga jurulatih jaguh seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov meninggal dunia di Moscow hari ini dipercayai akibat komplikasi berpunca daripada pandemik Covid-19.

Menurut laporan portal antarabangsa RT News, Abdulmanap, 57, terkena serangan jantung selepas disahkan dijangkiti Covid-19 yang memerlukan beliau melakukan pembedahan bypass.

Abdulmanap meninggal dunia di sebuah hospital dekat Moscow selepas didapati koma.

Berdasarkan laporan doktor, keadaan jurulatih terkenal MMA itu pada awalnya didapati serius tetapi stabil, namun beliau tidak dapat bertahan ekoran jangkitan wabak tersebut.

"Abdulmanap mengalami masalah serius membabitkan jantung dan otak. Pihak doktor berjaya merawat jantungnya tetapi tidak otaknya, jadi dia tidak sedar daripada koma," kata rakan rapat kepada Abdulmanap, Ramazan Rabadanov.

Sebagai rekod, Khabib telah dilatih oleh ayahnya yang merupakan seorang ahli gusti veteran sepanjang kariernya.

Difahamkan, Abdulmanap telah menukarkan sebahagian kediamannya kepada tempat gimnasium di mana Khabib belajar untuk bergusti sebelum membuat debut pertamanya di gelanggang.

Menerusi kejayaan Khabib, beliau diangkat sebagai jurulatih terkenal di negaranya dan meraih gelaran “Bapa MMA Dagestan”.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus