Sorok syabu dalam al-Quran

Taktik Slamet menyembunyikan dadah jenis syabu berjaya dihidu oleh polis. - Foto: Agensi
Taktik Slamet menyembunyikan dadah jenis syabu berjaya dihidu oleh polis. - Foto: Agensi
A
A
A

SURABAYA - Seorang lelaki tergamak mencemari kesucian al-Quran apabila dia bertindak menyembunyikan dadah di dalam kitab suci tersebut.

Slamet Riyadi, 45, dari Jalan Tenggumung, Gang Delima, Kelurahan Wonokusomo, Kecamatan Semampir diberkas di rumahnya hari ini.

"Saya panik kerana bimbang ditahan polis. Ketika itu, saya sedang mengaji dan tanpa fikir panjang terus menyimpan dadah tersebut di dalam al-Quran," ujarnya kepada wartawan di balai polis di Surabaya.

Menurutnya, dia berbuat demikian kerana menyangka pihak berkuasa tidak akan mengesyaki apa-apa sebelum taktik itu 'kantoi' hingga membawa kepada penemuan 1.10 gram syabu.

Jelas datuk kepada seorang cucu itu, dia biasanya menyembunyikan bahan terlarang itu di luar rumah supaya tidak diketahui keluarganya.

"Ia sudah tinggal sedikit dan tiga bungkusan syabu itu juga belum ada pembeli. Jadi, saya bawa pulang dan kini kesal dengan perbuatan itu," katanya lagi yang turut menunjukkan cara bagaimana dia menyembunyikan dadah tersebut.

Ketika serbuan itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan resit pembayaran bank serta al-Quran yang digunakan suspek untuk menyimpan syabu tersebut.

Jika disabit bersalah, Slamet boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun. - Agensi

Artikel Berkaitan: