X

Kindly register in order to view this article
!

Kedai runcit gagal patuh SOP diarah tutup 14 hari

Pemilik yang didapati meletakkan barangan perniagaan di tempat awam tanpa kebenaran MDHS
A
A

HULU SELANGOR - Sebuah kedai runcit di Taman Bunga Raya Bukit Beruntung di sini diarahkan ditutup selama 14 hari kerana tidak mematuhi prosedur operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Bahagian Korporat Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menerusi satu kenyataan memaklumkan, pengusaha kedai berdekatan sebuah apartmen itu tidak melaksanakan pemeriksaan suhu badan dan mengambil butiran maklumat pengunjung sebelum memasuki premis.

Menurut kenyataan itu pemeriksaan mendapati pemilik premis melakukan kesalahan meletakkan barang perniagaan di tempat awam tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

"Semasa pemeriksaan dilakukan, permit kaki lima di hadapan juga sudah tamat tempoh dan MDHS mengambil tindakan menyita semua barangan yang diletakkan di tempat awam di bawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974," katanya kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, MDHS memaklumkan turut mengenakan tindakan penutupan ke atas sebuah premis perniagaan di kawasan sama kerana didapati melepaskan sisa efluen ke dalam longkang dan terdapat najis tikus di dalam premis.

Antara premis yang dikenakan tindaan penutupan oleh MDHS.
Antara premis yang dikenakan tindaan penutupan oleh MDHS.

Tindakan penutupan diambil di bawah Undang-undang kecil 43(1)(a) dan (b), Undang-undang Kecil Pelesenan, Perniagaan dan Perindustrian (MDHS) 2007.

Menurut kenyataan itu, premis terbabit juga didapati melakukan kesalahan membina binaan di tempat awam dan telah diberikan notis supaya merobohkan binaan tersebut.

"Selain premis itu, MDHS turut merampas lesen perniagaan di dua premis berdekatan kerana didapati ‘dialibabakan’ oleh pemilik. Dalam operasi di kawasan Apartment Anggerik pula, sebuah lagi premis ditutup atas kesalahan sama dan turut didapati berniaga di tempat awam tanpa permit MDHS.

"Sebanyak 68 barang perniagaan dirampas untuk tahanan dan tindakan lanjut," menurut kenyataan itu lagi.

Terdahulu, MDHS memaklumkan pihaknya menjalankan operasi pemeriksaan penguatkuasaan ke atas lapan buah premis di sekitar Apartmen Teratai dan Apartment Anggerik Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

Seramai 35 kakitangan MDHS, empat anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dua pegawai polis terlibat dalam operasi yang bermula jam 10.30 pagi itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus