X

Kindly register in order to view this article
!

Jean Castex, PM baharu Perancis

Jean Castex
A
A

PARIS - Presiden Perancis, Emmanuel Macron hari ini menamakan birokrat kanan, Jean Castex untuk menggantikan Perdana Menteri, Edouard Phillipe yang berundur selepas memegang jawatan itu selama tiga tahun susulan kekalahan parti pemerintah dalam pilihan raya tempatan.

Istana Elysse memaklumkan, Macron akan menetapkan 'jalan baharu' untuk kerajaan memandangkan negara itu kini berdepan kemelesetan ekonomi akibat koronavirus (Covid-19).

Pemimpin itu juga dijangka melakukan rombakan Kabinet.

Semalam, Macron dan Philippe bersetuju untuk membentuk kerajaan baharu bagi mewujudkan fasa baharu penggal pemerintahan beliau.

Spekulasi tentang pengunduran Philippe yang dianggap lebih popular berbanding Presiden dibuat selepas parti pimpinan Macron, La République En Marche! mengalami kekalahan besar yang turut menyaksikan Parti Hijau menguasai beberapa bandar utama ketika pemilihan pada Ahad lalu.

Difahamkan, Castex, 55, kurang dikenali di Perancis, namun beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai kanan kerajaan selain memainkan peranan utama dalam tindak balas pemerintah terhadap pandemik Covid-19. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus