PRK Chini: 140 petugas kesihatan ditempatkan pada hari mengundi

Dr Noor Azmi (kiri) bertanya khabar ketika melawat Rauziah yang menghidap kanser di Felda Chini 5, Pekan hari ini.
Dr Noor Azmi (kiri) bertanya khabar ketika melawat Rauziah yang menghidap kanser di Felda Chini 5, Pekan hari ini.
A
A
A

PEKAN - Seramai 140 petugas kesihatan yang berpengalaman akan ditempatkan pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini esok.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, empat doktor dan dua pembantu kesihatan awam akan ditempatkan di setiap pusat pengundian.

Menurutnya, terdapat 13 pusat pengundian pada PRK DUN Chini dan setiap pusat akan ditempatkan petugas kesihatan bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Pada masa sama, kita juga menempatkan tiga ambulans pada hari pengundian sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Setakat ini, kita di Kementerian Kesihatan (KKM) khususnya Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk hari pengundian PRK DUN Chini nanti," katanya kepada pemberita ketika melawat seorang warga emas yang menghidap penyakit kanser, Rauziah Abdul Rani, 71, di Felda Chini 5 di sini hari ini.

Dr Noor Azmi berkata, sekiranya terdapat pengundi bergejala, mereka akan ditempatkan di khemah khas yang disediakan di pusat pengundian.

"Mereka dibenarkan mengundi tetapi di bawah pengawasan ketat petugas kesihatan. Selepas itu pemeriksaan rapi akan dilakukan. Sekiranya ada keperluan, mereka perlu dirujuk ke hospital," katanya.

Artikel Berkaitan: