Kenali Tunku Azizah Aminah

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN -Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diputerikan pada 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor.

Baginda merupakan puteri ketiga kepada Almarhum Sultan Iskandar.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru dan seterusnya bersekolah di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru dan meneruskan pendidikannya ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.

Di antara kegiatan dan kegemaran Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah adalah membaca, memasak, menjahit, bermain golf dan paling utama menjaga ksemua anakandanya.

Baginda turut berbakat dalam bidang penulisan dan telah menghasilkan sebuah buku masakan bertajuk 'Air Tangan Tengku Puan Pahang' yang diterbitkan pada Mac 2005.

Hasil penjualan buku itu disalurkan kepada Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) yang diasaskannya untuk membantu pasangan belum dikurniakan zuriat.

Baginda juga adalah Penaung DiRaja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Negeri Pahang dan Pengakap Puteri Sedunia serta Naib Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Jawatan lain adalah Pengerusi Persatuan Badminton KDYTM Tengku Ampuan Pahang (PERTAP), Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Pahang (WI), Pemegang Amanah Yayasan Istana Abdulaziz (YIA) dan Penaung Diraja AP di Hong Kong.

Artikel Berkaitan: