Kes positif Covid-19 di Indonesia lepasi angka 60,000

Kes positif Covid-19 di Indonesia kini melepasi angka 60,000, iaitu tambahan 1,301 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Kes positif Covid-19 di Indonesia kini melepasi angka 60,000, iaitu tambahan 1,301 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
A
A
A

JAKARTA - Kes positif Covid-19 di Indonesia kini melepasi angka 60,000, iaitu tambahan 1,301 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 49 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,036 orang.

"Jumlah kes positif kini 60,695 kes, sebanyak 13,609 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi laman YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 969 kes, diikuti Jakarta (643 kes), Kalimantan Selatan (195) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.- Bernama

Artikel Berkaitan: