Muhyiddin sebagai PM, UMNO Sabah akan jumpa Zahid

Datuk Seri Bung Mokhtar Radin
Datuk Seri Bung Mokhtar Radin
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO Sabah akan bertemu Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mendapatkan penjelasan terperinci berhubung keputusan UMNO mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lapor Malaysiakini.

Menurut portal itu, Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Sri Bung Moktar Radin berkata, setakat ini beliau masih belum mendapat maklumat terperinci berhubung perkara berkenaan.

"Saya selaku ketua UMNO Sabah belum lagi dimaklumkan secara terperinci dan hanya mendapat berita melalui media massa dan media sosial.

"Apa pun pada saya UMNO mempunyai ketua dan ketua saya adalah Presiden parti. UMNO Sabah menaruh kepercayaan kepada Presiden parti dalam membincang hala tuju parti UMNO secara keseluruhan.

"Saya akan bertemu dengan Presiden dalam masa terdekat ini untuk meminta penjelasan secara terperinci berkenaan persetujuan tersebut," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini hari ini.

Semalam, Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO dan Pas bersetuju menyokong Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri bagi PRU15, setelah perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: