Lima kes baharu, sembilan kes pulih dibenar discaj

DR NOOR HISHAM
DR NOOR HISHAM
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sebanyak lima kes baharu positif Covid-19 di laporkan termasuk dua penularan tempatan melibatkan rakyat negara ini, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kes penularan tempatan dikesan pada saringan pra rujukan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

"Tiga kes import yang mendapat jangkitan dari Qatar, Turki dan Oman turut melibatkan rakyat tempatan yang pulang ke negara ini," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 ialah 8,648 kes.

"Hanya 81 sedang menerima rawatan di hospital dan dua pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) yang memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Beliau berkata, terdapat sembilan kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

"Jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya ialah 8,446 kes bersamaan 97.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan.

Artikel Berkaitan:

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian berkaitan Covid-19 kekal 121 kes iaitu bersamaan 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Sementara itu katanya, sehingga 2 Julai, secara kumulatif KKM telah melaporkan 113 kes positif Covid-19 yang dikesan melalui aktiviti survelan klinikal.

"Aktiviti survelan bertindak sebagai sistem pengesanan awal dan sistem amaran awal bagi penularan Covid-19 di Malaysia.

"Sistem ini membolehkan kerajaan mengambil tindakan pembendungan penularan diambil segera," katanya.