506 sekolah dan pusat tahfiz disanitasi

Abd Rahim (kiri) dan Ismail (tengah) menyampaikan hadiah kepada penduduk yang terlibat dalam program Trash To Cash di Bandar Dara, hari ini.
Abd Rahim (kiri) dan Ismail (tengah) menyampaikan hadiah kepada penduduk yang terlibat dalam program Trash To Cash di Bandar Dara, hari ini.
A
A
A
PEKAN - Sebanyak 506 sekolah kerajaan dan pusat tahfiz seluruh negara sudah disanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sejak minggu lalu.

Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Ismail Abd Mutalib berkata, sanitasi itu dilaksanakan sebelum sekolah dibuka kepada pelajar dan guru.

"Sanitasi sekolah yang berada dalam kawasan zon merah dan zon kuning diberi keutamaan.

"Di kawasan zon hijau, kita akan melatih mereka (pihak pengurusan sekolah) untuk melakukan pembersihan sendiri dan pihak kita akan memberi bimbingan untuk menjalankan sanitasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya program walkabout kebersihan dan gotong-royong peringkat Pekan, di bandar Dara, hari ini.

Hadir sama, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Pahang, Abd Rahim Muda.

Sebelum itu, Ismail memaklumkan, JBPM sudah melaksanakan lebih 9,104 operasi sanitasi yang merangkumi 134 zon iaitu 29 zon kuning dan 105 zon hijau.

Menurutnya, pengkelasan ini dibuat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Operasi sanitasi dilaksanakan di semua zon merah taskforce ini akan diteruskan di kawasan-kawasan yang diputuskan bersama oleh KKM melalui PKD," katanya.
Artikel Berkaitan: