X

Kindly register in order to view this article
!

KPKT sasar enam WTE menjelang 2021

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin (tengah) semasa mengadakan lawatan ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang, hari ini. - Foto Bernama
A
A

MELAKA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan pembinaan sekurang-kurangnya enam loji 'waste to energy' (WTE) atau loji sisa kepada tenaga di seluruh negara menjelang tahun 2021.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, sistem WTE lebih bersih, produktif dan menjimatkan berbanding kaedah pelupusan sampah secara konvensional yang menggunakan kawasan tanah yang luas.

“Malah kita berharap agar setiap negeri mempungai satu WTE kerana ia tidak perlu ruang atau kawasan luas, dan sistem ini lebih menjimatkan tanah kerana harga tanah semakin mahal selain kaedahnya lebih bersih.

“Untuk masa terdekat ini satu-satunya tapak pelupusan sisa pepejal yang kita akan ubah kepada penggunaan sistem WTE adalah di Sungai Udang ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang, di sini hari ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (tengah) ketika melawat ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang, hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Teknikal Jabatan Pelupusan Sisa Pepejal Negara Ir Abdul Nasir Abdul Aziz (depan dua, kanan). - Foto Bernama
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (tengah) ketika melawat ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang, hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Teknikal Jabatan Pelupusan Sisa Pepejal Negara Ir Abdul Nasir Abdul Aziz (depan dua, kanan). - Foto Bernama

Beliau berkata, Sungai Udang merupakan projek perintis menggunakan sistem WTE dan diikuti empat lagi negeri yang akan menggunakan sistem sama iaitu di Bukit Payung, Terengganu; Seelong, Johor; Samling, Selangor, dan Jabor, Pahang.

“Untuk Sungai Udang kita akan buka tender pada bulan September ini dan tender berkenaan akan diserahkan selewat-lewat November depan,” katanya.

Untuk rekod, Kerajaan Negeri Melaka sebelum ini dilaporkan akan membina stesen WTE bernilai RM3.6 juta di kawasan seluas 3.84 hektar bagi mengatasi masalah pelupusan sampah negeri.

Kemudahan WTE dijangka dapat menerima kapasiti 1,000 tan metrik sisa pepejal setiap hari dan berupaya menghasilkan 20 Megawatt (MW) hingga 25MW tenaga hijau yang mencukupi untuk menjana kuasa kepada 25,000 isi rumah di sekitar loji itu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus