NGO kuasa ketiga dalam membina negara

Wacana Sinar Harian berlangsung 'Peranan NGO dalam konteks Malaysia Baharu' di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
Wacana Sinar Harian berlangsung 'Peranan NGO dalam konteks Malaysia Baharu' di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Badan bukan kerajaan (NGO) merupakan kuasa ketiga dalam membina negara selepas kerajaan dan sektor swasta.

Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Prof Madya Badlishah Sham Baharin berkata, perkara itu dapat dilihat melalui beberapa gerakan yang dilakukan organisasi bebas itu hingga berjaya membuat perubahan besar dalam negara.

"Baru-baru ini wujud gerakan (oleh NGO) untuk memansuhkan ISA sehinggalah (ISA) dimansuhkan.

"Begitu juga Bersih yang merupakan satu gabungan (NGO) yang menyeru supaya pilihan raya dilakukan dengan telus dan bebas. Sehingga berlaku satu perubahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, di mana kita dapat lihat perubahan kerajaan pusat.

"Ini menunjukkan NGO mempunyai pengaruh ketiga terbesar selepas kerajaan dan sektor swasta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir selaku panelis dalam wacana 'Peranan NGO dalam konteks Malaysia Baharu' di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, isu-isu yang yang bersifat kemasyarakatan dan dekat dengan rakyat menjadi antara faktor NGO mendapat sokongan besar.

"NGO mempunyai tekanan dan pengaruh dalam masyarakat, di mana mereka menyuarakan keprihatinan rakyat terhadap isu semasa," katanya.

Artikel Berkaitan: