Umat Islam digesa imarah masjid, surau

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
- Foto Bernama
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
- Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Umat Islam di negara ini digesa kembali mengimarahkan masjid, surau Jumaat dan surau selepas kerajaan membenarkan aktiviti keagamaan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, aktiviti mengimarahkan masjid termasuk majlis ilmu yang lazim diadakan seperti kuliah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Dhuha, kelas fardu ain, kelas pengajian al-Quran dan sebagainya boleh diadakan bermula minggu ini.

"Ia boleh diadakan dengan SOP berdasarkan keluasan masjid, surau Jumaat atau surau," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pihak jawatankuasa kariah masjid, surau Jumaat dan surau bertanggungjawab untuk memastikan semua SOP yang digariskan dapat dipatuhi sebaiknya.

"Pagar masjid dan surau juga disarankan untuk tidak dikunci bagi memudahkan orang ramai menunaikan solat terutama bagi mereka yang bermusafir dan penghantar makanan, barangan dan pemandu e-hailing," katanya.

Beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan menetapkan urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di bawah ruang lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja bagi setiap negeri.

"Bagi pelaksanaan tersebut, muzakarah menyerahkan kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di setiap negeri.

"Saya ingin menyeru semua umat Islam untuk kembali mengimarahkan masjid, surau Jumaat dan surau," kata beliau.

Artikel Berkaitan: