Juara EPL kena belasah

Liverpool gagal meneruskan rentak cemerlang apabila tewas kepada City 0-4.
Liverpool gagal meneruskan rentak cemerlang apabila tewas kepada City 0-4.
A
A
A

SELEPAS berjaya merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, Liverpool tampil dengan persembahan kurang bermaya apabila dibelasah Manchester City 0-4 dalam aksi liga di Etihad awal pagi tadi.

Bagaimanapun, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp tidak melihat ia sebagai satu masalah malah melihat pemainnya menampilkan sikap yang cemerlang di atas padang.

"Adakah perlawanan itu penting bagi kami? Saya melihat sikap yang cemerlang dalam setiap pemain.

"Mereka (City) lebih cepat daripada yang kami fikirkan. Kami kurang lancar dalam pergerakan dan menentang pasukan seperti City, anda akan menghadapi masalah besar.

"Kami memiliki peluang tetapi kami tidak menggunakannya. Jadi, keputusan ini kami perlu terima dengan hati terbuka," katanya.

The Reds berkunjung ke Etihad dengan status sebagai juara EPL dan diberikan 'guard of honour' oleh City sebelum sepak mula.

Kevin De Bruyne, Raheem Sterling dan Phil Foden masing-masing menjaringkan satu gol pada babak pertama perlawanan sebelum gol sendiri Alex Oxlade-Chamberlain menamatkan perlawanan penuh memalukan buat Liverpool itu.

Kekalahan itu juga menjadi kekalahan terbanyak yang dihadapi oleh Liverpool sejak dibelasah 0-5 oleh pasukan lawan yang sama dan juga di stadium yang sama pada September 2017.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Klopp juga menafikan bahawa pasukannya sudah berasa puas selepas berjaya merangkul trofi EPL tersebut dan tetap akan memburu kemenangan dalam baki saingan liga.

"Saya suka sikap pasukan saya dan mereka telah menunjukkannya sepanjang kempen saingan liga musim ini. Sudah tentu kami mahu terus menang.

"Hari ini City sangat luar biasa. Saya melihat musim mereka, mereka tidak bermain dengan aksi yang buruk," katanya.