X

Kindly register in order to view this article
!

Hukuman penyerang masjid, bunuh 51 umat Islam bulan depan

Gambar fail Brenton Tarrant ketika dihadapkan ke mahkamah. - Foto AFP
A
A

WELLINGTON - Seorang lelaki kulit putih yang membunuh 51 umat Islam dalam kejadian tembakan di sebuah masjid di New Zealand akan dijatuhkan hukuman pada bulan depan, lapor dokumen mahkamah yang didedahkan pada hari ini.

Menurut dokumen itu, hukuman tersebut sebelum ini ditangguhkan berikutan wabak koronavirus (Covid-19).

Pada Mac lalu, Brenton Tarrant disabitkan kesalahan dengan 51 pembunuhan, 40 percubaan membunuh dan satu aktiviti keganasan selepas dia menggugurkan pengakuan tidak bersalah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Cameron Mander menetapkan Tarrant dijatuhkan hukuman pada 24 Ogos depan.

Dakwaan pembunuhan dan keganasan itu jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman penjara seumur hidup dengan hukuman minima tanpa parol ialah 17 tahun.

Namun, kuasa hakim untuk mengenakan hukuman penjara tanpa kemungkinan dibebaskan.

Tarrant yang merupakan warga Australia dan berusia 28 tahun menggunakan senjata api semi automatik menyerang Masjid Al Noor sebelum pergi ke sebuah lagi masjid Linwood selain membuat penstriman secara langsung tentang kejadian tembakan itu. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!