X

Kindly register in order to view this article
!

Kebab Turki dijual pada harga RM230

Doner kebab dijual terlalu mahal kepada pelancong asing di Turki. - Foto AFP
A
A

ANKARA - Sebuah kedai istirehat sebuah hotel di Bodrum, Turki mengenakan bayaran sebanyak 369 lira (RM230.99) untuk satu kebab doner ketika sektor pelancongan di negara tersebut cuba pulih semula daripada pandemik koronavirus (Covid-19), lapor portal berita MailOnline pada 30 Jun lalu.

Menurut portal Global Price Info di internet, harga untuk satu kebab ayam di negara tersebut ialah 20 lira (RM12.52).

Portal berita The Sun pula melaporkan, hotel yang sama juga mengenakan bayaran 550 lira (RM344.29) kepada para penghuni yang mahu berenang di laut.

Hotel itu popular dengan rakyat Britain yang menempah pakej percutian ke Turki.

Gambar fail menunjukkan beberapa orang imigran duduk di tepi pantai Bodrum, Turki. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan beberapa orang imigran duduk di tepi pantai Bodrum, Turki. - Foto AFP

Selain itu, negara itu berharap dapat menerima semula kedatangan pelancong Britain kerana syarikat Turkish Airlines melancarkan kembali operasi penerbangan antara London Gatwick dengan Antalya.

Sekeping resit yang tersebar di media sosial menunjukkan kebab itu dijual mahal manakala secawan kopi kecil berharga 61 lira (RM38.19).

Bagaimanapun, Datuk Bandar Bodrum, Ahmet Aras mempertahankan harga tersebut.

"Mereka (pelancong) boleh membayar 100,000 (RM62,596.62) lira jika mereka mahu. Tetapi, ada juga kebab doner yang dijual pada harga 20 lira (RM12.52) di sini.

"Perniagaan sudah pun terjejas berikutan pandemik Covid-19. Pastinya, itu tidak bermakna mereka (pekedai) perlu mengenakan bayaran berlebihan kepada pelanggan," katanya. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!