Ikan merah gergasi seberat 22kg ditangkap

Inilah ikan maharaja merah gergasi yang berjaya ditangkap Ed Falconer di luar pantai Rainbow, Queensland pada minggu lalu. - Foto Twitter
Inilah ikan maharaja merah gergasi yang berjaya ditangkap Ed Falconer di luar pantai Rainbow, Queensland pada minggu lalu. - Foto Twitter
A
A
A

BRISBANE - Seorang pemancing tegar, Ed Falconer berjaya menangkap ikan maharaja merah gergasi dengan berat 22kg, lapor portal berita Times Now Digital pada 28 Julai lalu.

Dia menangkap ikan itu di luar pantai Rainbow di Queensland pada minggu lalu.

Selepas berjaya menangkap ikan itu, dia tidak mahu memakannya tetapi berhasrat mendermakannya untuk kajian sains.

Dia menangkap ikan tersebut selepas bertarung selama 20 minit dengan joran pancingnya.

Pada mulanya, Falconer tidak menyedari saiz ikan tersebut, namun selepas berjaya mengangkat ikan itu di atas botnya, barulah dia mengukur dan mendapati panjangnya ialah 104 sentimeter.

"Saya pada mulanya berpendapat, ia merupakan ikan kod berbanding ikan maharaja merah melihatkan kepada cara (menangkapnya).

"Ia merupakan tangkapan yang berbaloi dan menjadi imipian mana- mana nelayan," katanya.

Sementara itu, pakar hidupan marin daripada Muzium Queensland, Jeff Johnson berkata, pihaknya berminat dengan cadangan Falconer bagi mengkaji dan menentukan umur ikan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Ia (Perikanan Queensland) pastinya mahu menentukan berapa umur ilkan tersebut," katanya.

Menurut portal berita ABC Wide Bay, perniagaan Falconer telah ditutup selama tiga bulan berikutan virus korona (Covid-19) tetapi dia masih meneruskan operasi botnya.

Menurutnya, saiz ikan itu adalah dua kali ganda besar berbanding purata ikan yang ditangkap dari atas botnya.

"Kami kerap mendapat (ikan) 8kg, 10kg, 12kg tetapi ini (ikan maharaja merah) merupakan sesuatu yang ganjil. Tetapi, ia berlaku sekali seumur hidup," tambahnya. - Agensi