Ratusan gajah mati secara misteri di Afrika Selatan

Kejadian serupa pertama kali dilaporkan pada bulan Mei lalu apabila pihak berkuasa menemui 12 bangkai gajah dalam tempoh seminggu di barat laut negara itu.
Kejadian serupa pertama kali dilaporkan pada bulan Mei lalu apabila pihak berkuasa menemui 12 bangkai gajah dalam tempoh seminggu di barat laut negara itu.
A
A
A

GABORONE - Ratusan ekor gajah ditemui mati secara misteri di Botswana, Afrika Selatan, lapor jabatan hidupan liar semalam.

Pemangku Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara, Cyril Taolo berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kematian 365 ekor gajah dan mengesahkan 275 dari jumlah kematian itu.

"Punca kematian masih di dalam siasatan dan pihak kami menolak ia disebabkan aktiviti pemburu haram kerana gading gajah-gajah tersebut masih ada," katanya.

Katanya, beberapa sampel telah dikumpulkan dan dihantar ke makmal khas di Zimbabwe dan Kanada untuk diuji.

Difahamkan, kejadian itu pertama kali dilaporkan pada bulan Mei lalu apabila pihak berkuasa menemui 12 bangkai gajah dalam tempoh seminggu di barat laut negara itu. - AFP

Artikel Berkaitan: