Shahrir persoal tindakan umum Muhyiddin sebagai calon PM

Shahrir Abdul Samad
Shahrir Abdul Samad
A
A
A

SHAH ALAM - Tokoh Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mempersoalkan tindakan mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jelas beliau, UMNO sepatutnya berbincang cara bagaimana Barisan Nasional (BN), Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding dalam pilihan raya umum.

"Kena selesaikan soal siapa jadi Perdana Menteri dulu ke? Kenapa semuanya jadi songsang? Bukankah patutnya selesai dulu soal bagaimana BN, MN dan atau PN akan masuk bertanding dalam PRU15?" soal beliau dalam satu hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Shahrir yang merupakan bekas Ahli Parlimen Johor itu berkata, antara persoalan penting adakah mereka perlu membawa haluan masing-masing atau secara bersepakat termasuk penggunaan logo atau lambang.

"Masing-masing ke? Sepakatan ke? Lambang masing-masing ke. Satu lambang ke? Jadi siapa yang mengisi jawatan utama kerajaan sudah jadi tawaran pertama BN, Pas, PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), G10," ujarnya.

Tambah beliau, tindakan itu sama seperti tawaran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadikan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) yang ditolak oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Politik baharu, bukan Malaysia baharu. Sudah selesai jawatan PM, selepas tu kena tunggu keputusan lain. Dan apa pula syarat Tan Sri Muhyiddin selepas sudah diistihar sebagai calon PM di PRU15?" soalnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan UMNO dan Pas secara prinsip bersetuju untuk terus menyokong Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU15 hari ini.

Artikel Berkaitan:

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.