Jangan biarkan PATI masuk semula

Kerajaan perlu meningkatkan lagi usaha dalam memastikan masalah PATI tidak lagi memberi risiko keselamatan dan sosial kepada rakyat negara ini. Gambar hiasan.
Kerajaan perlu meningkatkan lagi usaha dalam memastikan masalah PATI tidak lagi memberi risiko keselamatan dan sosial kepada rakyat negara ini. Gambar hiasan.
A
A
A

KERAJAAN perlu meningkatkan lagi usaha dalam memastikan masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak lagi memberi risiko keselamatan dan sosial kepada rakyat negara ini.

Walaupun ratusan ribu PATI sudah pun dihantar balik ke negara asal masing-masing sejak sedekad lalu, namun masih ramai lagi yang berada di negara ini, malah ada antara mereka mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dan menjadikan satu-satu kawasan itu seperti ‘kampung’ mereka.

Isu kebanjiran PATI di negara ini sudah tidak asing lagi kepada kita semua. Ramai tertanya-tanya mengapa tindakan dikenakan ke atas mereka amat sedikit sedangkan amat jelas kumpulan PATI itu masuk ke negara ini tanpa dokumen yang sah ataupun visa telah tamat tempoh.

PATI sudah tentu tidak boleh memulakan perniagaan jika tiada perlindungan daripada orang tempatan. Kedai-kedai mereka sebelum ini dilihat kebal daripada sebarang penguatkuasaan.

Selasa lalu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggotanya yang bersekongkol dengan PATI atau apa jua kegiatan jenayah.

Kata Affendi lagi, Op Benteng dilaksanakan sejak 1 Mei lalu menunjukkan kesan positif apabila perairan negara semakin diperketatkan selain dalang-dalang yang bersekongkol dengan PATI turut ditahan.

Selain itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador juga berjanji akan menggempur habis-habisan semua lorong tikus yang menjadi laluan keluar masuk PATI di seluruh negara.

Dengan operasi yang komprehensif daripada pihak berkuasa negara, rakyat boleh menarik nafas lega. Akhirnya kita berjaya membersihkan ibu negara daripada dibanjiri warga asing.

Artikel Berkaitan:

Dahulu di Kota Raya, Jalan Silang, Chow Kit dan Pasar Borong di Kuala Lumpur dipenuhi warga asing dari Bangladesh, Myanmar dan Indonesia, tetapi suasana kini sudah jauh berbeza.

Langkah memerangi PATI dan membersihkan golongan itu di ibu kota dan seluruh negara jelas disenangi serta menggembirakan rakyat. Langkah tersebut wajar dipergiatkan.