Polis tahan pengedar dadah dalam sekatan jalan

Operasi bermula 9.30 pagi hingga jam 3 petang itu turut membabitkan penugasan sekatan jalan raya.
Operasi bermula 9.30 pagi hingga jam 3 petang itu turut membabitkan penugasan sekatan jalan raya.
A
A
A

MANJUNG - Empat lelaki tempatan yang terlibat dalam aktiviti penagihan dan pengedaran dadah secara kecil-kecilan diberkas dalam operasi bersepadu dan cegah jenayah di sekitar Ayer Tawar di sini hari ini.

Tangkapan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung selepas lelaki masing-masing berusia lingkungan 31 hingga 35 tahun memiliki dadah jenis heroin seberat 72.68 gram.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan awal mendapati tiga daripada yang ditahan aktif dalam pengedaran dadah secara kecil-kecilan di kawasan itu, sementara seorang lagi terlibat dalam aktiviti penagihan.

"Mereka telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 39A(1) serta Seksyen 12(2) akta yang sama.

"Ujian air kencing yang dijalankan mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis morphine," katanya dalam satu kenyataan.

Polis mengeluarkan 51 saman tas pelbagai kesalahan trafik dan lalu lintas dalam operasi bersepadu dan cegah jenayah di sekitar Ayer Tawar, Manjung hari ini.
Polis mengeluarkan 51 saman tas pelbagai kesalahan trafik dan lalu lintas dalam operasi bersepadu dan cegah jenayah di sekitar Ayer Tawar, Manjung hari ini.

Beliau berkata, operasi bermula 9.30 pagi sehingga jam 3 petang itu membabitkan penugasan sekatan jalan raya, rondaan kereta peronda polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB), snap check statik dan bergerak di kawasan jalan utama Ayer Tawar, pekan Ayer Tawar dan sekitarnya.

"Hasil operasi, sebanyak 51 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dan lalu lintas seperti tiada lesen memandu, tiada cermin sisi motosikal dan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi. Polis turut merampas sebuah motosikal disyaki dicuri," katanya.

Artikel Berkaitan: