Jalani saringan Covid-19 kedua atau berdepan tindakan: PDRM

Polis mengingatkan 620 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara untuk segera menjalani ujian saringan Covid-19 buat kali kedua.
Polis mengingatkan 620 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara untuk segera menjalani ujian saringan Covid-19 buat kali kedua.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan 620 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara untuk segera menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19) buat kali kedua.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, perkara itu diterima polis hasil maklumat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Polis menasihatkan kepada mereka yang terlibat untuk tampil segera dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada KKM untuk menjalani ujian saringan Covid-19 kali kedua.

"Kegagalan untuk berbuat demikian merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 22(b) Akta 342 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 7) 2020," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Huzir berkata, pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di atas kedegilan dan kegagalan mereka untuk membuat saringan.

"Sekiranya ingkar, individu terbabit akan berdepan dengan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit salah di bawah Akta 342," katanya.

Artikel Berkaitan: