Lampard kecewa aksi longlai Chelsea

Lampard terkilan dengan prestasi dipamerkan pemain The Blues ketika menentang West Ham United.
Lampard terkilan dengan prestasi dipamerkan pemain The Blues ketika menentang West Ham United.
A
A
A

Pengendali Chelsea, Frank Lampard nyata cukup kecewa melihatkan rentak tidak konsisten serta kesilapan anak-anak buahnya sehingga tewas mengejut 2-3 kepada West Ham United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Jika anda melakukan beberapa kesilapan, ia akan memberi kesan kepada pasukan. Para pemain harus menunjukkan mentaliti tambahan untuk mengharungi aksi sebegini.

"Saya melihat kelompok ini secara dekat dan telah melihat kami beraksi dengan baik tetapi terdapat peluang yang seharusnya disudahkan. Itu memberi perbezaan dan kami perlu memperbaikinya.

"Jika kami berusaha untuk mencipta jaringan kemenangan, kami juga harus turun semula ke bawah dan bertahan. Bertahan dengan lebih baik," katanya.

Beraksi di laman lawan, tonggak Chelsea, Willian terlebih dulu meledak gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-42 sebelum West Ham bangkit dengan dua gol menerusi jaringan Tomas Soucek dan Michail Antonio.

Willian berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan pada minit ke-72, namun ketika perlawanan seakan-akan berakhir dengan keputusan seri, pemain gantian, Andriy Yarmolenko muncul wira West Ham apabila menyumbat gol kemenangan.

"Kami sedih kerana mahukan kemenangan. Jadi tiada masa untuk kecewa tetapi saya tidak membantu selain berkata jujur pada hari ini. Kami patut memenangi aksi hari ini," ujarnya.

Artikel Berkaitan: