X

Kindly register in order to view this article
!

Kehidupan daif To'ki dapat perhatian Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew bersama To'ki berbual mesra di sebuah pondok kecil di pinggir hutan Batu 12 Gombak, Selangor. - Foto Facebook Ustaz Ebit Lew
A
A

KEDAIFAN kehidupan penyanyi yang terkenal dengan lagu Seni Berzaman, To'ki menarik perhatian pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew.

Menerusi perkongsian Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew menyantuni To’ki dan isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof yang tinggal di sebuah pondok kecil di pinggir hutan Batu 12 Gombak, Selangor.

Tinggal di pondok itu sejak setahun lalu, To'ki atau Mohd Zaki Mansur menyambut baik kehadiran Ustaz Ebit Lew.

Kata Ustaz Ebit Lew, sebaik menerima berita sedih melibatkan penyanyi terkenal itu, beliau bergegas untuk melihat sendiri kehidupan mereka.

Dari kejauhan, To'ki senyum mesra dan terus memeluk Ustaz Ebit Lew seolah-olah sudah lama mengenali satu sama lain.

"Sebak sayu tadi ziarah To’ki. Best-best lagu. Ramai tag saya di FB berita ini. Saya terus ke sana. Sampai saja dah berdebar kata, ALLAH ke dalam juga ini.

“Sekali sampai pondok ini dah setahun To’ki tinggal bersama isterinya yang sakit. To’ki berkhidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat. Dari jauh To’ki terus sambut saya dan terus peluk saya.

“Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal. Terus To’ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. ALLAH sayang ustaz,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ustaz Ebit Lew memeluk erat To'ki sebaik tiba di rumahnya. - Foto Facebook Ustaz Ebit Lew
Ustaz Ebit Lew memeluk erat To'ki sebaik tiba di rumahnya. - Foto Facebook Ustaz Ebit Lew

Menurutnya, beliau akan membantu dan menyumbang pam air buat keperluan To'ki dan isterinya.

Selain itu, difahamkan seorang individu yang dikenali sebagai Hamid dari Kulim, Kedah juga akan menyumbangkan kayu pain untuk membina sebuah rumah buat To’ki dan isteri.

"Saya hadiahkan juga sebuah peti ais dan mesin basuh. Insya-ALLAH, kita akan bantu mencantikkan rumah ini dan bersyukur kerana dapat berkongsi ilmu, kasih sayang kepada mereka," katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Ebit Lew juga memuat naik beberapa gambar bersama To'ki dan isteri hingga memperoleh 59,000 tanda suka, 4,400 perkongsian daripada netizen.

Difahamkan, ketika ini To’ki menjaga isterinya yang mengalami masalah tulang pinggul akibat kemalangan 10 Jun lalu hingga pergerakan terbatas.

Sebelum ini, kisah kehidupan To'ki menarik perhatian hingga ramai tampil menghulurkan bantuan kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hidup dalam keadaan daif, To’ki tetap bahagia bersama isteri

Ustaz Ebit Lew menyuap To'ki makan ketika ziarah.
Ustaz Ebit Lew menyuap To'ki makan ketika ziarah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus