X

Kindly register in order to view this article
!

Ujian saringan Covid-19: KKM, polis buru 620 individu liat

DR NOOR HISHAM
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerjasama dengan polis memburu 620 individu di bawah pengawasan (PUS) selepas gagal tampil membuat ujian saringan Covid-19 hari ke-13 di klinik kesihatan.

Tegas Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham, mereka yang ingkar dengan arahan di bawah Perintah Pengawasan Di Rumah (HSO) boleh dikenakan tindakan tegas.

"KKM ingin mengingatkan bahawa tindakan boleh diambil ke atas individu yang didapati melanggar syarat di bawah perintah ini," katanya.

Menurutnya, mereka yang didapati bersalah mengingkari perintah tersebut boleh dikenakan denda dan dipenjara.

"Oleh itu, pengembara yang pulang ke negara ini perlu memberi kerjasama kepada pihak KKM dan patuh kepada syarat di bawah HSO," katanya.

Beliau berkata, ahli keluarga kepada pengembara di bawah perintah ini juga diminta menasihati dan memastikan mereka akur kepada syarat perintah HSO.

"Kerjasama semua pihak amat diharapkan untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia," katanya.

Berdasarkan rekod KKM, setakat jam 12 tengah hari tadi, seramai 5,804 individu di bawah arahan HSO.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus