Masalah hutang dipercayai punca Datuk Seri dibunuh

Laporan Sinar Harian berhubung kejadian culik dan bunuh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang mayatnya ditemukan di Jalan Rawang, Bestari Jaya Sabtu lalu.
Laporan Sinar Harian berhubung kejadian culik dan bunuh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang mayatnya ditemukan di Jalan Rawang, Bestari Jaya Sabtu lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis tidak menolak kemungkinan masalah perniagaan merupakan motif kes culik dan pembunuhan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang mayatnya ditemukan di Jalan Rawang, Bestari Jaya Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, seramai 11 lelaki termasuk seorang warga Bangladesh telah ditahan buat masa ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(3) Akta Culik dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan sekiranya terdapat suspek lain yang terlibat. Selain itu, siasatan awal kita tidak menolak kemungkinan adalah disebabkan hutang dan perniagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fadzil berkata, empat suspek termasuk lelaki Bangladesh itu kini disambung reman sehingga 6 dan 9 Julai ini.

Menurutnya, pihaknya juga masih belum menerima laporan bedah siasat mangsa kerana prosesnya belum selesai dan akan diteruskan esok.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Seri diculik ditemukan mati dalam belukar

Sabtu lalu, mayat ahli perniagaan berusia 55 tahun itu ditemukan kira-kira jam 9 pagi susulan penangkapan beberapa suspek kes berkenaan.

Mangsa diculik ketika sedang berjoging di sebuah taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 10.30 pagi pada 10 Jun lalu.

Kehilangan pemaju hartanah itu diketahui keluarganya pada tengah hari tarikh yang sama selepas menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali meminta wang tebusan sebanyak S$50 juta (RM154 juta).

Artikel Berkaitan:

Keluarga mangsa kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis sebaik saja mengetahui mangsa diculik.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh suspek ditahan kes culik, bunuh Datuk Seri

Kes bunuh Datuk Seri: Polis reman El, kini cari Thamby